Cuti menyambut hari raya yang akan menjelang tiba, mengembalikan ingatan dan nostagia berhimpit dikelilingi ribuan manusia. Dilaporkan oleh semua akhbar pro
kerajaan bahawa sebanyak sejuta warga kota dijangka menggunakan perkhimatan bas
untuk pulang berhari raya. Selain Puduraya dan Jalan Perkeliling ada dua tiga
tempat lagi yang dijadikan pusat mengambil penumpang. Puduraya yang terlalu uzur
itu pasti sekali lagi akan sesak dengan manusia yang berbagai ragam, menunggu
didalam lautan manusia dalam keadaan sesak dan panas pasti tidak mudah dilupakan
oleh sesiapa yang pernah melaluinya. Kipas angin yang berputar 24jam itu
tidakkan bisa menghilangkan peluh dan haba dek kerana kepadatan manusia itu.
Rata rata penggunanya adalah dari golongan berpendapatan rendah dan mahasiswa
universiti sekitar lembah klang. Meraka tidak ada pilihan lain selain dari
menggunakan perkhimatan bas kerana kos yang murah walaupun begitu tidak selesa
dengan keadaan persekitarannya.
Bezakan dengan KLIA
Nun jauh disepang, dibina oleh kerajaan sebuah lapangan terbang tercanggih di
Asia Tenggara, saya sesat sewaktu menghantar seorang sahabat ke Mesir 2 bulan
lepas, luas sungguh sehingga lengguh kaki melangkah. Orang kampung yang hendak
pergi ke Mekah terpinga pinga apabila memasuki tandasnya yang terlalu canggih
itu. Penghawa dinginnya terlalu sejuk, di sebelahnya kompleks Bunga Raya Khas
untuk PM dan pada menterinya juga VIP. Harganya sahaja 81 juta, penggunanya
segelintir manusia. Dilaporkan sebuah syarikat penerbangan berpengaruh di dunia
British Airline hendak menghentikan pendaratannya di KLIA kerana foktor kerugian
oleh sebab kurangnya penumpang. 3 billion duit rakyat dihabiskan untuk membina
sebuah lagi projek gajah putih yang hanya dua tiga kerat rakyat dapat
menikmatinya.
Beza antara puduraya dan KLIA
Kesemuanya berbeza dari penggunanya, kemudahannya dan sistem keselamatannya.
Satu untuk rakyat marhean, rakyat terbanyak, rakyat miskin sebuah bangunan usang
yang uzur dari semua segi. Satu lagi yang penuh dengan kemewahan dan kecanggihan
untuk segelintir saudagar kaya yang punya bisnes diluar negara untuk berulang
alik ke malaysia. Yang sama hanyalah keduanya dibina dengan wang rakyat, wang
cukai yang dibayar oleh rakyat, wang saman yang dikenakan kepada rakyat. Inilah
contoh mudah kemajuan yang dilakukan oleh karajaan pimpinan diktaktor tua
mahathir. Inilah pembanggunan yang kononnya untuk dinikmati oleh rakyat dan
rakyat wajib bersyukur. Inilah yang dipertahankan oleh ahli umno kampung yang
marahkan kita apabila meyebut soal reformasi.
Reformasi untuk rakyat
Reformasi bukan hanya bermakna kita bebaskan DSAI dari penjara, reformasi bukan
hanya bermakna kita bebaskan mahkamah dari tangan ghaib diktaktor itu. Reformasi
bukan hanya bermakna kita kembalikan Malaysia menjadi sebuah negara yang
disegani. Tetapi reformasi ini mencangkupi kita kembalikan hak hak rakyat
terbanyak, hak untuk menikmati segala kemudahan dari cukai yang rakyat bayar.
Hari ini setiap barang di Malaysia bercukai, sehingga petrol yang digali diperut
bumi Malaysiapun diambil cukai oleh kerajaan zalim mahathir, bayangkan setiap
seringgit rakyat membeli petrol 4 sen adalah untuk kerajaan. Jadi egenda
reformasi ini adalah untuk rakyat, kita akan tukar pinjaman kepada biasiswa
untuk diberikan kepada mahasiswa kita, kerana soal pendidikan rakyat adalah
tanggungan kerajaan mengapa harus dibebankan para mahasiswa dengan pinjaman
sedangkan kerajaan mengutip cukai yaang cukup banyak dari rakyat. Soal nelayan
dan petani yang sejak mahathir berkuasa mereka dianak tirikan, soal pekebun
getah dan penanam kelapa sawit. Soal pemandu teksi yang terpaksa berkerja keras
setiap hari kerana dipaksa membayar wang harian kepada syarikat yang menyewakan
teksi kepada mereka hanya kerana permit dikeluarkan untuk syarikat besar bukan
individu. Dan banyak lagi soal rakyat marhean yang terbiar diabaikan oleh Mahathir akan kita perbaharui apabila kita berkuasa setelah
Mahathir dijatuhkan.
Bangunlah rakyat malaysia
sudah tiba masanya kita semua ,mahasiswa, petani, nelayan,kaki tangan kerajaan
kita tumbangkan mahathir dan lakukan reformasi pada dasar yang menyusahkan
rakyat. Reformasi hanya bisa dilaksanakan setelah mahathir kita nyahkan,
dipusingan terahir ini mari kita bersama sama sedarkan sahabat dan rakan taulan
kita bahawa kita harus bangun segera supaya kita tidak menderita lebih lama
lagi. Kita tanamkan tekad untuk bersama membangunkan malaysia yang lebih adil
setelah kita jatuhkan mahathir sidiktaktor itu. Kita kembalikan hak rakyat
kepada rakyat. Kita nikmati setiap wang yang kita bayar kepada kerajaan.
Banggunan bertingkap KLCC, lapangan terbang seluas KLIA, kilauan mahligai
sidiktator diputrajaya bukan ukuran kepada kemajuan dan pembangunan yang kita
rakyat terbanyak nikmati, semua itu hanya dinikmati oleh segelintir saudagar
kaya yang menjadi kroni kepada pemerintah lalu tinggal kita rakyat marhean
bersesak di puduraya, berniaga dibangunan mara, tinggal di flat flat bandaraya.
Aduhai rakyat malaysia tunggu apa lagi andai begini zalim pemerintah tunggu apa
lagi, mari kita gulingkan kita ganti dengan yang lebih prihatin terhadap masalah
masalah rakyat terbanyak. Aduhai mahasiswa masih lagikah mahu memerhati
segalanya terjadi, dimanakah ditinggalkan slogan mahasiswa menuntut kebenaran
menentang kezaliman. Marilah kita buat sekian kali, gulingkan mahathir dari
kerusinya.Kita tuntut reformasi keseluruhannya.
Reformasi kearah malaysia yang lebih adil
ayat@freeanwar.com
www.webreformis.com